Gallery

Malaysian 135LC Community - KOM135
Banner untuk KOM135 dari member PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 10 September 2008 10:11

Assalamualaikum..

Saya ingin menawarkan peluang kepada semua member KOM135 yang berbakat untuk menyediakan satu / lebih banner yang sesuai untuk dipaparkan di muka hadapan website ini. Sila letakkan trademark anda di hujung bawah sebelah kanan. Hanya 5 banner terbaik akan dipilih. Berikut ialah specifikasi yang diperlukan.  

  1. Dimensi (saiz) gambar : 600px lebar X 400px tinggi.
  2. Gambar format JPG sahaja.
  3. Sekiranya boleh, saiz gambar hanya maksimum 300kb.
Banner-banner tersebut boleh diupload ke ruangan Galeri -> Banner KOM135. Credit akan diberi kepada pemilik banner-banner yang terpilih.
Last Updated ( Wednesday, 10 September 2008 10:20 )
 
Selamat Datang Ke KOM135.COM Version 3 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 04 September 2008 09:47

Selamat datang ke KOM135.COM Version 3. Dengan wajah baru dan harapan baru. Semoga lebih ramai pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat berguna tentang motor kesayangan kita, 135LC. Diharap, anasir-anasir jahat yang ingin membuat durjana dapatlah dengan kiranya berundur dari sini. Kemahiran anda memasuki website ini secara haram hanya menunjukkan betapa rendahnya moral anda. Anda tidak kreatif, dan hanya mampu menjadi parasit perosak yang memusnahkan harta milik orang lain.

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah sebelum ini, saya mohon maaf. Seandainya anda menghadapi masalah,saya cuba untuk menyelesaikannya, namun bukan semuanya dapat diselesaikan. Saya telah cuba melakukan apa yang terdaya.  Mungkin ada baiknya jika anda juga duduk ditempat saya dan merasai bahawa, apa juga yang kita lakukan ada kesannya, dan akhirnya tetap sama, tidak akan ada hati-hati yang puas. Namun usaha itulah yang saya harap anda semua dapat hargai.

Dikesempatan ini juga, seandainya ada tersalah tutur bicara kepada rakan-rakan, saya mohon maaf juga. Apa yang saya katakan sebelum ini, hanya untuk kebaikan komuniti ini sahaja tanpa sebarang prasangka buruk kepada rakan-rakan. Semoga dengan wajah baru website KOM135 ini, dapat mengeratkan kembali hubungan, menceriakan anda semua, dan memberi manfaat yang sepatutnya.

 

Last Updated ( Thursday, 04 September 2008 20:21 )